font size

Kementerian Kewangan Mengadakan Majlis Bertadarus Dan Khatam Al Qur’an Bagi Tahun 1432H / 2011M

Bandar Seri Begawan, Khamis, 11 Ogos 2011 – Kementerian Kewangan dan Jabatan-Jabatan di dalamnya meneruskan lagi Majlis Bertadarus bersiri di Masjid Kampong Belimbing Subok.  Ini merupakan kunjungan terakhir rombongan Kementerian Kewangan bertadarus ke masjid-masjid di Daerah Brunei Muara.



Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah, Pemangku Menteri Kewangan II di Jabatan Perdana Menteri.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap dan Ketua-Ketua Jabatan dan Bahagian, serta pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Jabatan-Jabatan di dalamnya.



Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Faatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Kampong Belimbing Subok, Ak Mohd Ismali bin Pg Ismail.  Seterusnya diikuti dengan bertadarus Al Qur’an dari juzuk 21 hingga juzuk 29 yang dikepalai oleh Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah, Pemangku Menteri Kewangan II di Jabatan Perdana Menteri dan diteruskan oleh pembaca-pembaca daripada rombongan Kementerian Kewangan dan Jabatan-Jabatan di dalamnya berserta ahli-ahli Takmir Masjid Kampong Belimbing Subok.  Majlis juga diteruskan dengan bacaan tahlil, bersungkai dan diakhiri dengan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid berkenaan.

Insyaallah, Majlis Khatam Al Qur’an akan diadakan di Surau Kementerian Kewangan, Commonwealth Drive pada 15 Ogos 2011.

Majlis Bertadarus ini diungkayahkan oleh Jabatan Perbekalan dan Stor Negara, Kementerian Kewangan.

 

projectbrand
Share