font size

MAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN HIJRAH BAGI KEMENTERIAN KEWANGAN DAN JABATAN-JABATAN DI DALAMNYA BAGI TAHUN 1434H/2012M

Kementerian Kewangan dan Jabatan-Jabatan di dalamnya telah mengadakan Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah 1434 pada hari Khamis, 8 Muharram 1434 Hijrah bersamaan 22 Nobember 2012 Masihi bertempat di Dewan Teater, Bangunan Kementerian Kewangan, Commonwealth Drive, Jalan Kebangsaan, Negara Brunei Darussalam. Majlis pada tahun ini diselenggarakan oleh Jabatan Perbendaharaan.

Hadir ke majlis tersebut adalah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd Rahman bin Haji Ibrahim, Menteri Kewangan II di Jabatan Perdana Menteri selaku Tetamu Kehormat. Turut hadir ialah Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan, Setiausaha Tetap - Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kewangan dan Jabatan-Jabatan di dalamnya.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan disusuli dengan ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis, Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin, Pemangku Jurukira Agung. Seterusnya Majlis diserikan dengan Ceramah Khas bertajuk “Hijrah Untuk Perubahan Dalam Pengurusan” yang disampaikan oleh Yang Mulia (Dr.) Ustaz Haji Mohammad Adi Zaky bin Haji Metassim, penceramah undangan dari Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Majlis ini adalah merupakan salah satu aktiviti tahunan keagamaan Kementerian Kewangan yang bertujuan untuk memperingati dan membesarkan Sambutan Awal Tahun Hijrah 1434, di samping mengeratkan hubungan silaturrahim di antara pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan Kementerian Kewangan dan Jabatan-Jabatan Di Dalamnya.

projectbrand
Share