font size

ASEAN PERLU KUKUH DAN MEMBANGUN











JERUDONG, Rabu, 3 April. - Delegasi yang menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Kewangan ASEAN (AFMM) Ke-17 di negara ini malam ini diraikan dalam Majlis Makan Malam yang diberikan oleh Menteri Kewangan II (Kedua) di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim.

 Pada majlis yang berlangsung di Dewan Royal Berkshire, Royal Brunei Polo and Riding Club, Yang Berhormat dalam ucapan alu-aluannya antara lain menekankan bahawa ASEAN telah menunjukkan perkembangan yang baik dalam merealisasikan Komuniti Ekonomi ASEAN (ASEAN Economic Community).

Yang Berhormat pada waktu yang sama juga berpendapat setiap anggota ASEAN perlu meneruskan usaha masing-masing ke arah membangun dan memperkukuhkan lagi ASEAN.

Majlis turut dihadiri oleh Menteri-Menteri Kewangan ASEAN, Gabenor-Gabenor Bank Pusat ASEAN, Setiausaha Agung ASEAN dan perwakilan daripada beberapa institusi kewangan antarabangsa seperti Bank Pembangunan Asia (ADB), Bank Dunia (World Bank), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO).

Juga hadir ialah duta-duta besar dan pesuruhjaya-pesuruhjaya tinggi dari negara anggota ASEAN di Negara Brunei Darussalam.

Courtesy of Pelita Brunei, Thursday 4 April 2013

projectbrand
Share