font size

MAJLIS MENERIMA MENGADAP DELEGASI AFMM KE-17

 

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 April - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam petang tadi telah berkenan menerima mengadap Menteri-Menteri Kewangan, Ketua-Ketua Delegasi negara-negara ASEAN dan TROIKA Gabenor Bank-Bank Pusat ASEAN yang menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Kewangan ASEAN ke- 7 yang berlangsung di negara ini pada 3 dan 4 April ini.

Berangkat hadir bersama majlis menga-dap tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.

Turut hadir di Majlis Mengadap tersebut ialah Menteri Kewangan II di Jabatan Perdana Menteri Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim dan Timbalan Menteri Kewangan Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah.

Juga hadir di majlis mengadap ialah Setiausaha Agung ASEAN Tuan Yang Terutama Le Luong Minh. Majlis mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman

projectbrand
Share