font size

KEJOHANAN BOLA JARING KEMENTERIAN KEWANGAN 2010

Pada hari Ahad, 20 Syaaban 1431 bersamaan dengan 1 Ogos 2010, Jabatan Perbendaharaan telah menyelaraskan Kejohanan Bola Jaring bagi Kementerian Kewangan dan Jabatan-Jabatan di dalamnya di Dewan Serbaguna Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Tetamu Kehormat pada kejohanan tersebut ialah Yang Mulia, Datin Hajah Sapiah binti Haji Sabtu, isteri Yang Berhormat Menteri Kementerian Kewangan II, di Jabatan Perdana Menteri.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah isteri-isteri Setiausaha-Setiausaha Tetap, dan isteri-isteri Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian berkenaan, serta Ketua-Ketua Jabatan dan  Bahagian, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kewangan dan Jabatan-Jabatan di dalamnya.

Semasa majlis tersebut, Tetamu Kehormat telah diperkenalkan kepada Ketua-Ketua Pasukan sebelum membuka rasmi kejohanan tersebut.

 

 

 

 

projectbrand
Share